10 Langkah Mudah Urut Kaki Sendiri, Kesannya Tidur Malam Lena Dibuai Mimpi

This image has an empty alt attribute; its file name is urut-kaki-lenguh-e1504152664244.jpg

Berikut cara menghilangkan lenguh kaki:

Urut – Anda dapat memulakannya dengan memicit-micit atau mengurut-urut betis untuk membantu melancarkan kembali peredaran darah. Gunakan body lotion, body oil atau minyak urut agar lebih mudah mengurutnya.

Rendam – Ambil semangkuk air suam air. Tambahkan satu senduk garam biasa ataupun garam bukit ke dalam air. Rendam kaki anda selama 15-20 minit.

Gerakkan – Jika kesakitan tersebut sangat mencengkam seperti kebas lakukan gerakan seperti menggali dengan jari anda pada bahagian yang sakit. Kemudian tahan selama 15-20 saat. Setelah kesakitan sedikit lega, regangkan otot-otot kaki anda secara perlahan.

Minuman – Ada beberapa campuran minuman yang dapat membantu meredakan rasa sakit dan lenguh dirasakan itu. Cuba minum campuran madu dan jus lemon dalam secawan air suam atau anda juga boleh mencuba satu sudu makan minyak ikan dengan segelas jus limau sebelum tidur.

Tuam – Gunakan ais yang telah dibungkus dalam plastik dan bungkus dengan tuala, kemudian tuam pada sendi serta mengelilingi lutut 10-15 minit. Pastikan kaki anda berada dalam kedudukan di tempat yang lebih tinggi.

Tinggi – Tidurlah dengan kedudukan kaki yang lebih tinggi. Gunakan bantal untuk menopang kaki anda. Darah akan mengalir dan tidak berkumpul di bahagian kaki.

Lumur – Petua ni menggunakan beberapa ulas halia muda dan bawang putih. Halia dan bawang tu dibuang kulitnya dan ditumbuk hingga lumat (hancur). Biar sampai sedikit berair. Lepas tu ramuan tu ditampal dan lumur pada bahagian kaki yang berasa lenguh. Sebaiknya lumur pada sebelah malam dan biarkan semalaman. Keesokannya bersihkan dan kemudian sapukan pula sedikit minyak zaitun. Dikatakan sekiranya diamalkan setiap hari selama seminggu, pasti rasa lenguh-lenguh kaki tu hilang. Cubalah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *